Thursday, October 4, 2012

Nasihat Ibrahim Adham r.a

blog
                                  

Peristiwa 1 : 5 nasihat yang menginsafkan


Telah diceritakan dalam kitab Tawwabin bahawa seorang lelaki telah menemuiIbrahim bin Adham r.a.


Ia berkata kepada Ibrahim "Hai! bapa Ishaq (Ibrahim). Saya ini telah menzalimi diriku sendiri, maka terangkanlah padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku serta menyelamatkan hatiku".

Ibrahim Adham r.a menjawab "Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan lima perkara (yang aku akan katakan ini), nescaya apa saja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan dirimu". Lelaki tersebut pun berkata "Apa dia, cuba engkau beritahu padaku wahai bapa Ishaq"


Ibrahim Adham r.a menerangkan ;


"Pertama, Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah azza wajalla maka janganlah engaku memakan sumber rezekinya!"


Lelaki itu mecelah dan berkata "Dari sumber manakah lagi hendak makan, sedangkan segala yang ada didunia ini adalah rezeki kurniannya".


Ibrahim Adham r.a menyambung lagi "Wahai fulan, adakah patut dan wajar engkau memakan rezeki kurniaanNya. 'Tentu tidakkan'. Jawabnya "Baiklah yang kedua?".


Ibrahim Adham r.a menerangkan lagi. "Bila engkau hendak menderhaka kepada Allah, jangan engkau menginap dimana-manapun di atas dunia ini." Lelaki itu berkata "Ini lebih hebat daripada yang pertama tadi. Kalau Timur dan BArat dan antara kedua-duanya semuanya adalah milik Allah maka dimana pulak aku nak tinggal?".


Ibrahim Adham r.a mencelah lagi seraya berkata "Hai fulan, adakah patut engkau memakan rezeki Allah dan tinggal dibumiNya, kemudian engkau derhaka kepadaNya?". "Tentu Tidak" jawab Ibrahim Adham r.a.


"Baiklah yang pula yang ketiganya?". "Kalau engkau mahu juga menderhaka kepadaNya sedangkan engkau memakan rezeki dan tinggal dibumiNya, maka, carilah tempat yang kira tidak nampak engkau mencabar perintahNya, kalau sudah engkau sudah temui, Nah! engkau lakukan maksiat tersebut disana". Lelaki itu berkata : "Hai Ibrahim! bagaimana dapat aku membuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?!. Ibrahim Adham r.amenjawab "Hai fulan, adakah engkau patut memakan rezekiNya, tinggal dibumiNya dan menderhaka kepadaNya walhal ia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engkau lakukan secara terang-terang mahupun secara bersembunyi?".


"Baiklah, yang keempatnya?" tanya Lelaki itu lagi. "Apabila tiba Malaikat Maut hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya, Berikan aku tempoh untuk aku bertaubat (taubat nasuha) dan beramal saleh kepada Allah," sambung Ibrahim Adham r.a lagi. "Takkanlah dia mahu menurut perintahku ya Ibrahim" jawab lelaki tersebut. "Wahai fulan, apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang, engkau tidak akan diberi tempoh walau sesaatpun, maka dalam keadaan begitu masihkah engkau mengharapkan yang engkau akan selamat?".


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa 2 : Syarat doa dimakbulkan


Ibrahim Adham r.a pernah ditanya oleh sabahat "Mengapa kami berdoa, tetapi tidak dimakbulkan, pada hal Allah berfirman (maksud) "Berdoalah kamu sekalian kepadaKu, nescaya Aku kabulkan". Ibrahim Adham r.a menjawab "Hal itu kerana matinya hati kamu". Kemudian sabahat bertanya "Apakah yang menyebabkan matinya hati itu?".

Jawab Ibrahim Adham r.a "Aku ada beberapa perkara yang mengakibatkan matinya hati seseorang mukmin itu ;


"1. Kamu mengetahui hak Allah tetapi tidak menunaikan hakNya"


"2. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya"


"3. Kamu mengatakan kamu mencintai Rasulullah s.a.w walhal kamu tidak mengamalkan sunnnahnya"


"4. Kamu mengatakan takut akan mati, tetapi kamu tidak bersiap sedia untuk menghadapinya"


"5. Allah s.w.t berfirman "Sesungguhnya syaitan itu musuh kalian, maka, perlakukanlah sebagai musuhmu" (surah al-Fathir : 6) akan tetapi kamu bersahabat dengan dia untuk berbuat pelbagai dosa dan kemungkaran"


"6. Kamu katakan mati itu benar tapi kamu tidak bersiap-sedia untuknya"


"7. Anda katakan kamu takut akan Neraka Allah, tetapi kamu tidak berusaha menjauhinya"


"8. Kamu mengatakan kecintaanmu kepada Syurga Allah, tetapi kamu tidak beramal atau mengejar kerananya"


"9. Kamu kebumikan jenazah orang-orang Islam yang pergi menyambut seruan Ilahi tapi kamu tidak mengambil iktibar pemergian tersebut"



"10. Apabila kamu bangun dari tempat tidur kamu kemudiannya menyembunyikan keaiban kamu ke belakang dan membentangkan keaiban orang lain di hadapan kamu. Lalu kamu membuat kemurkaan Allah. Bagaimana Allah akan mengabulkan doa kamu?"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa 3 : Nasihat kepada masyarakat


Kata Ibrahim Adham r.a "Aku bersahabat dengan sebahagian besar ahli-ahli ibadah di Gunung Lubnan. Kebenyak daripada mereka memberi nasihat begini "Kalau engkau kembali ke masyakat nasihatilah mereka dengan empat perkara"


Barang siapa yang banyak makan tidak akan menemui nikmatnya ibadah".


Barang siapa banyak tidur umurnya tidak akan ada berkahnya".

Siapa yang ingin diredhai oleh manusia sahaja maka janganlah mengharapkan redha Allah s.w.t".

Barang siapa yang banyak berbicara kosong dan banyak menabur fitnah serta banyak mengumpat, maka ia akan keluar dari agamanya (Islam), jadilah ia itu golongan yang su'ul Khatimah (akhir hayat yang buruk). Na'uzubillah"


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa 4 : 6 pintu untuk 6 pintu


"Seseorang itu tidak akan mencapai darjat orang solihin sehingga melalui 6 rintangan"


Menutup pintu kemuliaan, kemudian membuka pintu kehinaan"

Menutup pintu nikmat, kemudian membuka pintu kesukaran"

Menutup pintu istirehat, kemudian membuka pintu rintangan"

Membuka pintu tidur, kemudian membuka pintu jaga"

Menutup pintu kekayaan, kemudian membuka pintu kemiskinan"

Menutup pintu harapan, kemudian membuka pintu persiapan menghadapi sakaratul maut"






No comments:

Post a Comment