Sunday, September 30, 2012

Salah Malam Jumaat ke?

blog
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”

” Bang anak? Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

” SODAQALLAHULAZEEM “
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……

Siapakah Ayahnyer?

blog
Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah sempena ulang tahun perkahwinan nye yang ke-50. Mereka dikurniakan anak seramai 8 org..28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut..si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan bertanyakan kepada isterinya…

Suami: Sayang…ada satu hal yang ingin ku tanyakan kepada mu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa jadi pertanyaan ini tidak pernah ku lontarkan…Tapi malam ini malam istimewa ..jadi ada baik nya aku tanyakan sekarang….

Isteri: Ape sayang…tanya sahaja..mengapa tidak selesa?

Suami: Begini ..anak kita yang no-4 tidak mirip dengan adik beradik yang lain..Adakah Ayah nya berbeza?

Isterinya terkejut dengan pertanyaan begitu…lalu perlahan menundukkan kepala tidak sanggup melihat suaminya itu..Dengan perlahan si isteri menjawab..

Isteri: Ya….Ayah nya berbeza..

Hening seketika…mata si suami sudah bergenang dengan air mata..tapi di tahan sebak di dada…lalu dia pun berkata perlahan…

Suami:Erm…ohh..begitu….Kalau begitu..boleh kah aku tahu siapakah Ayahnya….???

Hening lagi suasana…Si isteri lama mendiamkan diri lalu di tabah kan hati untuk menjawab soalan suaminya itu.

Isteri: Ayah nya…ialah….Kamu..

Friday, September 28, 2012

Tok Kadi, Wali dan Saksi

blog
Di sebuah rumah, sepasang pengantin akan dinikahkan.Selepas pengantin lelaki menjawab lafaz nikahnya,tok kadi pun bertanya pada wali & 2 saksi pengantin:

Tok kadi: Sah?(sambil melihat wali)
Wali : Sah tok…
Tok kadi : Saksi ,sah?
Saksi : Sah..sah
Tok kadi : sah? (sambil melihat saksi 2)
Saksi 2: Err..saya tak berapa dengar dengan jelas, rasanya lontaran suara si pengantin tak begitu mantop...emmm,pitching die lari sikit,pengantin ni tak menghayati dengan baik…punchline tak smpai..orang tetunggu2 mane tapi takde…lagi 1 rupa ade tapi kalu suara tak bagus tak guna gak..cuba sekali lagi k..nice try…
Tok kadi : Haaaaa…???

p/s: Pengaruh Akademi Fantasia lebih sangat nih

Kisah Malam Pengantin

blog
Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar Baskon. “Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”

“Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Abon ingin tahu.

“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.”

“Ho oh.”

“Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku.”

“Wah, gila kau!” Abon terperanjat. “Bagaimana? Isteri kau marah?”

“Itulah masalahnya,” Baskon menjawap. “Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!”

Janet & John

blog
Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, “John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

“Sekarang, buka kasut but ku.”
John buat, perlahan sekali.

“Buka, setokin ku..”
Dia buat juga.

“Sekarang, buka skirt ku.”
Dia buat juga.

“Sekarang buka coliku.”
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

“Sekarang….buka seluar dalamku…”
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata…

“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”

Hahahah… apa yg korang pikir tu hah? otak kotor ek..?